Saturday, 10 November 2012

hilang nya nama seorang muslimah

hurmm . tiap hari ade jee aku tengok fesyen 'muslimah' yang baru . gaya tudung baru , baju baru . semua nya baru . kalau dulu , orang yang bertudung tak berapa diberi perhatian dalam dunia fesyen , tapi dunia fesyen sekarang dah tak kesah , yang freehair or yang bertudung . semua nya akan dieberi perhatian . 

hah ! lepas tu semua orang konon-konon nye nak ikot fesyen 'muslimah' sekarang . ye laa takot dikatakan kolot pulak sebab tak ikot trend sekarang . yeahh , tu laa pemikiran sesetengah orang yang taksub ikot fesyen 'muslimah' sekarang . sampai kan sekarang , dah ade magazine yang khas untuk wanita berhijab . 

tapii , korang pernah tak terfikir , fesyen yang dikatakan 'muslimah' sekarang sebenarnya banyak beza nya dengan fesyen yang digariskan dalam islam . oke , memang bukan semua , tapi sesetengah nya . yang paling ketara is pemakaian hijab . baguss , memang baguss . dah ramai yang berubah . nak pakai hijab . tapi pemakaian hijab makin hari makin tak kena .

well ~ memang tak salah nak berfesyen , tapi cuba tengok pulak cara hijab tu dipakaikan . pendek , atas dada and ade jugak yang tutup kepala semata-mata . contoh nye , stail turban yang belit-belit atas kepala tu . oh , adakah itu yang dinamakan fesyen 'muslimah' selama nie ? then , tambah pulak dengan baju yang sekadar membalut tubuh . ohh , style macam tu ke dikatakan muslimah ? sangat-sangat tak kena oke .


yeahh , maybe akan ade orang kata . alaa tehaa , benda kecik nie pon kau nak kecoh , macam laa kau tu baikk sangat . bukan ape sayang , aku sekadar bagi pendapat dalam entri nie . bagi aku , tak perlu laa kot nak bagi nama ' fesyen muslimah ' kalau fesyen tu bukan nya ikot garis panduan aurat yang ditetap kan islam . just cakap fesyen . buang perkataan muslimah tu . kalau betol nak jugak letak nama muslimah tu , make sure kan pakaian tu betol-betol menutup aurat dan bukan nya sekadar membalut tubuh :)

 entri nie sekadar pendapat . kalau ade ape-ape yang korang rasa tak betol yang aku tulis dalam entri nie , sila laa tegur dalam ruangan komen di bawah yee :) segala teguran anda amatlah saya hargai . hee ~

29 comments:

leakedknowledge said...

golonhan boleh bgi pendapat tak ni? kn bg kn nnt kne hentam pulak ak kata ak bajet ustaz la, bajet alim bagai lak nnt =.='

Cik Ain said...

hehe kan ,nama je fesyen muslimah xp xda pun muslimah nye tu adesss.

Noraim said...

perkataan muslimah itu sndiri disalah ertikan. kalau betul2 tahu maksud muslimah tu insyaAllah mereka2 itu bertudung mengikut syarat.

doakan mereka2 sedar bertudung bkn sekadar fesyen.

♥ Nana BamBam ♥ said...

ramai dah yang mcm tu...kadang pelik gak la fesyen yg ketat2 tu..kata baju jubah ...tp awat ikut bentuk badan? herann

Cik Nur said...

betul pendapat teha tu, kebanyakkan fesyen muslimah sekarang tak mengikut cara yg sepatutnya..

boleh nak bergaya. tapi biarlah betul2... :)

Eiqa Almond said...

Nice sharing Teha :)
Betul tu kadang2x x berapa nak suka tengok fashion muslimah zaman sekarang, sebab sometimes tu baju nampak tubuh badan laa, even tudung dah tutup dada, ini pendapat eiqa jee :)

محمد رازيق said...

nice sharing. ada beza menutup dan membalut aurat. ayuh berdoa, moga semuamendapat hidayah. muhasabah bersama.

Sarah Mohd Saleh said...

btul2 aku agree, kdg2 pesen muslimah tuh ikut ape yg dikehendaki dalam islam,sume stok npk dua hon.pffttt

Cik Yaya said...

ye..yya stuju jgk tu..
yaya pon kurng suka dgn cra bhijab trend sekrng ni..lawa mmg la lawa..cun! tapi tang dada tu tpampang luas tu yg kurng lawa jadinyer..xtaw nk cakap la..mcm2 fesyen

Hikaru Yui said...

yup..mmg fesyen "muslimah" tu byk masalah.. nak jugak bg ada benda yg xdibenarkan..huhu

ada gak tulis sal ni

http://sesedaporen.blogspot.com/2012/11/fesyen-muslimah-terkini-2.html

=p

chemay said...

hmm.
tersentuh sebenarnya dengan entry ni.
sebab chemay sendiri pun bertudung tapi still jugak berpakaian tak ikut piawaian Islam.
still jugak "selimpang" tudung tu atas bahu.
still jugak pakai baju yang ikut bentuk tubuh.
maybe sebab tu chemay sentiasa rasa tak sedap hati.
:(

*moga lepas ni chemay tak terkejar2 nak ikut fesyen yang makin menyesatkan ni. aamiin :(

zubect said...

btol la ape yg awk ckp tu. fesyen islam skrg nie dieksploitasi oleh org barat, that's why ade yg x kena. but i like dena bahrin style. dye punye tdug tutup dada

CikMai said...

fesyen ni ada baik dan buruknya, pandai2lah nak ikut yg mana :)

Liyaa Mf said...

Kalau tak silap, if perempuan pakai apa2 pun dengan niat utk bercantek2 kat luar especially di pandangan mata lelaki tak boleh kan? Err entahlah.

Memula akak fikir, em taktau nak komen apa psl fesyen bertudung ni. Sbb akak pun pakai tudung belum perfect mana. Pakaian pun sama.

Tapi setuju apa yg Teha cakap. Kalau tak ikut garis panduan, better buang word muslimah tu. Just state fesyen je kan? Sbb ia merosakkan imej seseorang muslimah tu sendiri. Hehehe

shar90 said...

tu la yg silap... ade pesen yg hmpir serupe dgn nun kt church pon ade... huhuu

Asrul "iLham" Sany said...

Bahaya nak dikomen ni... Sb semuanya bergantung pada niat asal berfesyen tu ;)

Detective Fiqa said...

biasalah tu teha. df walaupun df ni ikut2 jugak fesyennyer tapi df selalu carik yg stail tutup dada. hehehe pakai bawal je. takmo pakai pashmina entah apa bnde ntah :D

Yana Blogger said...

Salam,betul juga apa yang dikatakan..BTW,saya datang untuk balas kunjungan awak.. Terima kasihh.. Done follow you!

Cik Yatt said...

fesyen sekrangkan

boni kacak said...

betul tu.. ramai sekarang ni bertudung pun hanya kerana mengikut fesyen.. hmm.. sama2 lah kita doakan agar pintu hati mereka akan terbuka utk berfesyen muslimah cara yang betul..

Azian Elias said...

salam kenal teha..


INSYALLAHH...starting this year roughly in April/May i dah try wearing muslimah fashion. Pray to ALLAH ditetapkan my iman..AMEEN...

shedameor said...

tapi sheda setuju 100% kak dengan entry ni. kalau nak kata fesyen muslimah tunjuk la yang fesyen macam heliza helmi, diana amir kann. dorang tu betul2 tutup aurat kan, patut dicontohi.

CekbOlat-bOlat said...

ha ahh .
betuii .

setuju . JYEAH :)

Koding said...

Fesyen yang dikatakan muslimah sekarang ini, dengan jelas menonjolkan bentuk-bentuk badan si pemakainya...
Memang tidak bertepatan dgn kehendak islam yang sebenarnya..

Izara4eva™ said...

renung2kan.. muhasabah diri sat..

محمد رازيق said...

tq teha singgah blog. hehe. jgn serik dtg lagi teha. sori lambat reply. btw, jmput bc entri baru: http://mrazqi88.blogspot.com/2012/11/pemadam-dan-pensel.html

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

hmm... OE tak tahu nak komen macam mana... sekarang nie dah terlampau banyak sangat fesyen...
tapi ape2 pun semuanya jangan keterlaluan kot... kan... ^^

Aida Omar said...

aida setuju apa teha suarakan.. ntah macam tak kena dengan gaya muslimah tu kan.. selalu orang sebut muslimah tu yang ayu sopan santun watak dia.. kalau bab artis nie aida tabik dekat irma, yatt, diana amir, nora n mungkin ada sorang 2 lagi yang betul2 fesyen gaya muslimah. :)

.izzati liyana. said...

bukan kecoh. what u did in this post memang benda yang patut dan betul. sememangnya pemakaian hijab yg dituntut dalam islam mestilah labuh menutupi dada. kalau setakat pakai letak atas kepala je, sama je macam sisters kat church tu.